Ada beberapa ciri-ciri persamaan di kalangan kelompok entrepreneur @ usahawan yg berjaya. Ciri-ciri tersebut bangkit hasil daripada satu kekuatan dari dalam diri yg kita kenali sebagai *dorongan dalaman*.

Hasil dari berkerja atau berusaha dgn menggunakan *dorongan dalaman* inilah yg telah membuatkan mereka berjaya mencapai cita-cita dan impian mereka.

Antara ciri-ciri yang ada pada mereka adalah :

+ Mereka tidak pernah kenal penat dan lelah, kecewa dan putus asa. Inilah yang menjadikan mereka dipandang sebagai orang yang degil atau keras kepala dan kuat keazaman atau kemahuannya.

+ Mereka tidak peduli apa pandangan atau pendapat org lain terhadap mereka. Mereka juga tidak peduli sekiranya perkara yang mereka usahakan itu di anggap tidak logik, tidak masuk akal, bodoh ataupun gila oleh org lain.

+ Mereka tidak memerlukan kehadiran orang-orang lain utk mengucapkan kata-kata pembakar semangat untuk mereka. Mereka mampu mendorong diri mereka sendiri utk terus fokus dan komited dgn apa yg mereka lakukan.

+ Mereka menetapkan sendiri apa yang mereka mahu capai. Mereka tidak memerlukan orang-orang lain utk menentukan dan menetapkan apa yang mereka patut capai.

+ Mereka memonitor dan menilai sendiri prestasi kemajuan mereka dan perkara yang sedang mereka usahakan. Mereka tidak memerlukan pihak lain utk mengawasi dan menilai hasil kerja mereka.

Adakah ciri-ciri itu datang dengan sendiri nya?

TIDAK!

Ia perlu di cari. Ia perlu di kenal pasti dan sentiasa di gilap agar terus berseri dan bercahaya.

Semua orang boleh mempunyai dorongan dalaman yang kuat dan tinggi.
Asalkan dia tahu, APAKAH BIG WHY yang membolehkan mereka terus melangkah dan terus melangkah.

Cari BIG WHY tersebut.
In shaa Allah, kita tidak akan pernah berhenti utk mendorong diri kita sendiri sehingga kita dapat mencapai kejayaan yg kita impikan.

Selamat Maju Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *