Benih Dan Pohon Kehidupan

Fikiran kita, tentunya fikiran bawah sedar kita adalah ibarat sebuah kebun yg mempunyai tanah yg subur yang sudah sedia utk di cucuk tanam dgn pelbagai tumbuhan. Sementara kita pula adalah petaninya.

Kita mempunyai pilihan untuk menanam apa saja ke dlm kebun fikiran kita yang sangat subur itu. Jika kita menanam pohon mangga maka sudah pasti buah manggalah yang akan kita petik nanti, tidak mungkin pula buah selain dari buah mangga.

Realitinya dlm kehidupan kita seharian, kalau yang kita semai adalah bibit kemarahan, kebencian, kesombongan atau hal hal negatif yg lainnya. Maka buah-buah itulah juga yang akan kita petik pada suatu hari nanti.

Dalam hukum fikiran @ *Law Of Attraction* kita akan memetik apa yang kita tanam @ kita akan menarik apa yang fikirkan. Sesuatu yang selalu kita fikirkan maka ia akan membesar dan menjadi realiti fizik @ menjadi diri dan kehidupan kita.

Hukum fikiran juga seperti hukum gema, ucapan yang kita lontarkan atau kita ucapkan di dalam hati akan melantun kembali kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, jika kita meneriakkan kata kata negatif seperti ” bodoh, miskin dan tidak berguna, maka kata-kata itu jugalah yang akan kembali kepada kita dan menjadi realiti fizik dlm kehidupan kita.

Demikian pula jika sebaliknya.

Jadi, keadaan kita hari ini adalah hasil dari benih yg kita tanam dlm kebun pemikiran kita pada masa yg lalu. Boleh jadi 5, 10, 15 atau 20 tahun yg lalu.

Jika keadaan kita pada hari ini sejahtera, bahagia, dicintai atau disenangi banyak orang, pintar, sehat, sukses dll. Maka itulah sebenarnya benih yang telah kita tanam pada hari-hari kelmarin.

Demikian juga jika hasilnya adalah sebaliknya pula.

Kebiasaannya orang hanya akan mengeluh akan hasil yang kurang baik iaitu buah dari pohon kehidupan mereka. Merungut atau kecewa mungkin kerana buahnya yg terlalu kecil atau mungkin juga kerana rasanya yg masam atau kelat.

Mereka hanya fokus kepada hasilnya atau pada kesan dan akibatnya. Mereka lupa tentang *penyebabnya*. Iaitu benih yg mereka tanam dlm kebun pemikiran mereka.

Mereka tidak sedar bahawa penyebabnya adalah dari benih yang telah mereka tanam di dlm kebun pemikiran mereka. Tanpa mereka sedari, apa sahaja yg mereka tanam akan tumbuh menjadi sepohon pokok kehidupan yg akan mengeluarkan hasil apabila tiba masanya.

Hanya dgn menyemai benih yang baik dan merawatnya dgn baik sahaja maka kita akan dapat memastikan bahawa benih yg kita tanam itu akan tumbuh subur menjadi pohon yg baik dlm kehidupan dan seterusnya menghasilkan buah yg baik dlm kehidupan kita. Hasil yg akan mengembirakan kita dan dapat kita petik dgn penuh bangga pada hari-hari yg bakal mendatang.

Oleh itu, adalah sgt penting bagi kita untuk menanam benih yang baik dalam kebun pemikiran kita dan selalu merawatnya agar ia dapat tumbuh subur menjadi pohon yg baik dlm kebun pemikiran kita.

Mengapa? Ini kerana benih dan pohon yg tumbuh dalam kebun pemikiran kita adalah merupakan dunia sebab yang akan menentukan akibat dlm realiti kehidupan kita.

Kalau baik benih dan pohon yg kita tanam itu maka hasil yg bakal kita petik dlm kehidupan kita juga pasti hasil yg baik.

What you give is what you get back

Selamat maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *